Assalamualaikum...
Behabuk dah blog ani... *sapu habuk*
Kadang terasa diri kerdil... sedih melanda...pabila...
Diri ini dikenali sebagai seorang yang berkebolehan dalam bidang Matematik...tapi...
anak2 buah gagal dalam bidang tersebut.... alangkah rasa sakit di hati bila rakan sejawat mengatakan pada rakan yang lain "banci ku si polan atu, inda pandai menjawab inda pandai pass maths sama add maths nya. Malas ku ia atu, pemalas taunya senyum saja..ish..." hmmm... rasa kecewa dalam hati...
Saya tak tinggal sebumbung pun dgn yang dimaksudkan... tapi sungguhpun atu, ia tetap anak buah ku... rasa gagal plang olen sebab kegagalannya atu... sudah pasti menjadi bualan rakan sejawat dan sejabatan... Ya Allah... Semoga timbul kesedaran di hati mereka... Ya Allah... Sabarkan hati ini... :'(
Kegagalan seorang pelajar dalam sesuatu matapelajaran adalah tanggungjawab seorang Guru. Bilamana seorang guru gagal memanfaatkan waktu mengajar dengan pengisian yang bernas dan menyeronokkan, akibatnya pelajar tersebut akan tidak berminat mengikuti apa yang diajarkn dan dengan mudah berputus asa serta gagal dalam pelajaran tersebut. Seorang guru yang berfikiran positif tidak akan mengatakan kepada pelajar "Kamu semua akan gagal" atau "kamu tidak akan berjaya"! Sebaliknya, guru yang bertanggungjawab akan sentiasa membantu pelajarnya dengan mengatakan perkataan yang boleh memotivasikan pelajar2 untuk lebih berkeyakinan untuk Lulus dengan cemerlang!
Tiada apa yang mustahil dengan usaha dari kedua2 belah pihak. Amat menyedihkan bila guru hanya meletakkan beban "Lulus" atau "Gagal" tersebut di bahu pelajar saja. Sering didengar perkataan "Kamu yang kan periksa bukan cikgu!" Dengan nada yang marah dan konfiden, guru melepaskan perkataan tersebut pasti akan menghancurkan hati pelajar yang masih teramat memerlukan bantuan dari abiskita cikgu2... mereka akan rasa seperti asing, rasa hanyut dalam perahu tanpa enjin dan tanpa pengayuh. Kesal rasanya... kesian... bantulah mereka wahai guru...
berikan mereka kasih sayang dan perhatian semasa dalam kelas... bukanbermain h/p update status fb atau balas mesej WA! Astaghfirullah... semoga ada kesedaran wahai temanku guru...
Tanggungjawab itu amanah Allah... guru akn dipertanggungjawabkn nanti di akhirat tentang ilmu yang diajar walaupun ianya ilmu duniawi.. tetapi amanah itu adalah kewajipan guru... berusaha lah untuk ikhlas dan komited dalam menjalankan amanah tersebut... pelajar perlu bimbingan bukan cuma diajar subjek tapi lebih kepada pemahaman dan kejayaan untuk menjadi cerdik pandai bagi membantu masa depan mereka..
Besarnya dugaan seorang guru bila perkara sedemikian berlaku pada diri... ikhlaskan hati dan fikirkan positif...
No comments:
Post a Comment