Bismillahirrahmaanirrahim.....
Assalamu'alaikum... Selamat pagi...
Alhamdulillah... Syukur dengan kurniaan Allah Ta'ala...
Kedengaran bunyi kicauan burung di pagi hari ini dengan cuaca yang cukup ceria...
Salam Jumaat buat semua... Hari ini merupakan Hari Jumaat yang terakhir di bulan Disember pada tahun 2012. Semoga kita lebih bersemangat untuk melipatgandakan ibadah kita dan bersedia untuk menghadapi segala rintangan yang akan mendatang di tahun 2013 nanti. Amiin..
Setelah lama mendiamkan diri di laman blog, saya memberanikan diri sekali lagi mencipta blog yang baru khusus buat diri yang sering sendirian. Blog yang lama tu dah berhabuk dan agak lama ditinggalkan, mungkin dah terlalu asing bagi ini.
Inshaa Allah dengan blog yang baru ini akan memberikan lebih banyak inspirasi dan ketenangan serta manfaat buat diri yang alpa dan sering lupa. Ilmu yang bermanfaat jika dikongsisama akan lebih bermakna dan mendatangkan kebaikan buat semua.
Post saya mungkin lebih kepada post dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu. Inshaa Allah...
Salam sejahtera buat semua.
Jumpa lagi di post yang seterusnya.

No comments:
Post a Comment