Expect the unexpected! Banyak hal yang berlaku tidak kita ketahui mengapa ianya berlaku, tetapi kita perlu tahu bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Apa yang perlu kita lakukan ialah memohon doa pada Allah agar kita sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan dari Nya dan kita sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan pada kita. Ucaplah Alhamdulillah ikhlas dari hati, semoga kita beroleh keberkatan dalam setiap ibadah dan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita.
Sepanjang melalui kursus kepimpinan selama beberapa sesi, saya merasai lebih banyak ilmu yang masih belum dipelajari dan saya sering muhasabah diri. Ya Allah, terasa amat cetek ilmu di dada ini. Ingin sangat saya meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, tetapi apakan daya hasrat sekali lagi tidak tercapai. Mungkin ada perkara yang lebih penting yang perlu dilaksanakan, hanya Allah yang maha mengetahui.
Saban hari memohon padaNya agar diberikan limpah kurniaan rezeki dalam pelbagai bentuk, ilmu, serta jodoh. Mungkin belum tiba masanya untuk sampai ke tahap itu. Memang sesuatu yang sangat diharapkan agar dipertemukan dengan pasangan yang beriman. Insha Allah.
Dugaan demi dugaan harus ditempuhi dan hati perlu banyak bersabar. Bukan sekali dua kegagalan, tetapi berulangkali. Menyedari hakikat ini, diri ini perlu sering muhasabah diri, mungkin banyak kesilapan dan dosa yang dilakukan, mohon agar taubat diterima serta tidak mengulangi lagi. Hati ini merasakan ingin berubah ke arah yang lebih baik, kerana diri merasa tidak sempurna dan penuh dengan ketidaksempurnaan.
Semoga hijrah hati ke arah yang lebih baik akan lebih diterima dengan baik dari pelbagai pihak yang cuma memandang sebelah mata pada insan yang kerdil ini. Bersyukur dan redha dengan setiap ketentuannya, agar hati lebih tenang dan sentiasa memelihara diri. Ya Allah, bantu lah hamba Mu ini dalam mengharungi setiap ujian. Amin ya rabbal alamiin.